Apabila laptop ku berkata-kata...
Direka untuk mencari ilmu di Sini dan juga di Sana
Friday
Monday
Thursday
Z I K R U L L A H
Friday
Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan
Saturday
Tp hari ni gak aku dpt malu....hahah,mane xnya, xde preparation pon nk ucap n handle event..haish.Aina pon satu,ade ka bg last2 menet suh aku jd emcee.Mak aii,kelam kabut aku..laen kali kalu nk suh aku handle,g la tau awai2 cik kak oiii.Tp xpe la ,janji sume setel even xteratur.Men game pon,maik aii...punye la byk rule.But it quite good sbb ade game yg aku xpenah jumpe dorang ade create....hmm.
Pengisian mase B2B pon ok gak,sbb ade part sharing and tazkirah.Alhamdullilah sumenye berbaloi even perut time tu da memberontak sbb time da nk brbuka da.Sebaik baek ade ust. sharizan, kolonel ngan aizuan,story depa mmg bes.nk2 lg ust shahrizan wat lawak.Time tu aku tgk ust. dea cm rendah diri sbb dea kagum ngan krew n user ili yg dtg dr jauh bersame tuk bkumpul ramai2.susah tol nk jumpe org cm gitu.Anyway, alot of info i've gain from this program.mmg letih gle, sbb start kul 8pg smpi kul lapan malam.pas tu nk taraweh lg.Agak kecewa gak la sbb aku larat wt lapan rakaat je...hurmm.
Tomorrow plak program pembina.Hopefully dapat la gak input2 yg menarik tuk sok.Ameen.Ramadhan ni, life aku penuh dgn pengisian even sblom ni aku planning mende laen.Almaklum la kite merancang dan Allah menentukan.Smoga aku terus istiqamah n dapat wt ramadhan yg terbaik dr sblom ni.InshaAllah.Mintak2 pg ni larat la aku nk wt qiam n ade strength tuk terusakan hidup ini.Ape yang aku harapkan, aku dapat gunakan masa dgn faedahnya.
Wallahualam.
Tuesday
Y A K I N I D A K U

Engkau adalah anugerah yang pertama untukku,
Yang telah diidamkan dari dulu,
Yang sentiasa aku doakan untuk bertemu denganmu,
Yang tiada yang lain selain dirimu.
Aku bersyukur,
Kerna impianku dan doaku,
termakbul berjupa denganmu,
Yang sentiasa mengigatkanku pada Penciptaku,
Yang sentiasa menggalakkanku berbuat pahala...SubhanaAllah.
Alhamdullilah,Alhamdullilah wa Alhamdullilah
Padaku tidak ternilainya jika memilikimu,
kerna mencintai dirimu adalah yang kedua selepas Tuhanku.
Wahai Permata Kalbuku...
Yakini daku,percayai daku dan hormati daku,
InshaAllah aku akan menjaga dan melayanimu sebaik yang mungkin,
Sebagaimana yang dituntutkan oleh agama.
Wahai Penyeri hatiku...
Yakinilah daku dan sabarlah menantiku selama 2 tahun ini,
kerna sepanjang tempoh penantian ini,
Allah memintaku supaya mempersiapkan ilmu untuk memilikimu,
Sebagai imam di dalam hidupmu.
Yakini daku,yakini daku dan yakini daku sebagai pembimbing hidup dan agamamu selepas walidmu.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon taufiq hidayah serta ina'yah Mu agar hati kami sentiasa kekal mengingati Mu dan Engkau satukan lah kami dan permudahkan kami agar kami disatukan pada hari yang dinantikan.
Semoga hati kami terus Istiqamah sehingga tiba hari yang ditunggu.
Ameen ya RobbalAlamin.

Saturday
MashaAllah..sungguh halusnye kata-kata mu
Hari ini,tercatat dalam kamus diriku asbab ini pertama kali aku cuba nk ngok-ngek kat blog sendiri...hahah
Selalunya,apa yang dalam kepala otakku pikirkan,aku rase malas nk diceritakan pada orang.Bukan apa,ini lah diriku.Aku lebih suka cakap bila perkara tu dah 80 percent da nk jd.Memang btol kadang-kadang kita kene pasang angan-angan."Put your aims as a height as a sky,but if you couldn't touch the sky,at least you can touch the cloud." tp bg aku, angan2 aku tu biarlah disimpan supaya jika disimpan insyaAllah akan ku usahakan dengan izin Allah..
Tp kali ni,hati aku nk gak tulis...ye la mungkin method ni berjaya ke kan...kalu maleh nk cite ,kan senang taip je..(ni pon da maleh da ni..ayat da start nk wt short form n rojak je ni...)
Sbb tujuan asal aku wt mende ni sbb skadar nk follow blog org laen je tuk bahan2 ilmiah...tp ade satu mende yg dorong aku tulis sume ni...hahah. Last week aku teserempak ngan sesuatu yang btol2 menyentuh hati sanubari aku.Pueh aku dok pikir klu2 die.last2 menet aku dpt hidu gak.Mgkin Allah nk tunjuk kt aku rasenye.Aku rase doa aku mcm da dimakbulkan.inshaAllah ape yg dihaluskan akan ku igat slalu.
Even perkara tu sendiri pon cm pikir xkonfident,tp bg aku ia membantu.Aku xtau nk ckp cmne.Yg penting ia betol2 membantu aku.aku betul2 bersyukur!Sesungguhnya Allah amat mengetahui ape yang hambanya impikan...ya SubhanaAllah
Aku rase ape yng aku tulis kt ats ni mesti laen dgn ape yg org laen pikirkan .Ah...xpe la, asalkan aku da jupe sesuatu yg mahu aku hargainya.
WaAllahu'lam
p/s: Ape yg aku dok pikirkan bile tulis blog ni td (monolog):
1. Ahlan Ramadhan,ko dtg jugak akhirnya
2. weh, ko mmg xleh bla tulis bende ni..hahah
3. Blog yang bosan tulisannya,cm orang tua da nyanyuk
4. lapo

